Just another WordPress.com site

SEJARAH NOTA TINGKATAN 4 [BAB 8]

BAB 8 : PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Pengenalan

  1. Islam telah tersebar merangkumi sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Timur dan Asia Tenggara.
  2. kedudukan Asia Tenggara di tengah perjalanan Timur-Barat menjadi wilayah terbuka kedatangan pedagang serata dunia seawal abad M .
  3. Pedagang Islam juga turut terlibat dan berdagang di pelabuhan Perlak, Pasai, Sulu, Acheh, Pattani, dan Brunei, Tanah Melayu – Melaka jadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam. Kemudian diikuti Kedah, Kelantan, Trengganu, Pahang dan Johor..
  4. Pertapakan Islam di Tanah Melayu bermula abad ke 14M.
  5. Pengaruh dalam politik, ekonomi, dan sosial hanya berlaku dan ketara selepas abd ke 15M – Zaman Melaka.
  6. Melaka – Islam jadi teras kehidupan dalam politik, ekonomi, dan sosial.
  7. Dilakukan menerusi peluasan kuasa, perkahwinan, pendidikan, dan kegiatan intelektual.

Pengaruh Islam Terhadap Politik

Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

  1. Pentadbiran dan Pemerintahan
  1. Ulama sebagai penasihat Sultan:
    i.      Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, Qadi Yusuf.
    ii.      Kelantan : Tuk Pulau Condong
    iii.      Trengganu: Tuk Pulau Manis

    1. Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan
      i.      Gelaran sultan – bayangan Allah di muka bumi
      ii.     Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul Ghafar Muhyidin Pahang.
      iii.    Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada Dewa.
      iv.    Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi
      v.     Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana, Temenggong dan Penghulu Bendahari.
      vi.    Ulama jadi penasihat Sultan.
      vii.   Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan.
      viii.  Adat istiadat yang membabitkab budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan
      ix.     Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah
      x.      Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan
      xi.     Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt dalam Bani Umaiyah
  1. Perundangan
  1. Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu.
  2. Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong
  3. Peranan adat:
    i.      Menjamin keselematan
    ii.      Mengawal pelakuan dalam masyarakat
    iii.      Menentukan hak pewarisan harta
    iv.      Menentukan bidang tugas
    v.      Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi
    vi.      Merapatkan tali persaudaraan
  1. Beza adat pepatih dan temenggong

Temenggong

Pepatih

Diasas Dato Ketemenggongan – Palembang Dato Pepatih Nan Sebatang – Pagar Ruyung
Negeri lain di Tanah Melayu Negeri Sembilan dan Utara Melaka
Asas pentadbiran mutlak Musyawarah
Sultan dilantik – warisan Dari bawah =pilihan pembesar
Pilihan pasangan terbuka asal patuh hukum Islam Perkahwinan dari suku berlainan
Sistem nasab cara patrilineal – bapa Matrilineal – ibu
Warisan harta keutamaan anak lelaki spt faraid Harta pusaka = perempuan
Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran Berbentuk pemulihan atau diat / denda
Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki Menetap rumah perempuan.
  1. Undang-undang bertulis di Melaka
    i.      Hukum kanun Melaka
    ii.     Undang-undang laut Melaka
  2. Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka
    i.      Sebagai peraturan dan hukuman
    ii.     Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran
    iii.     Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap pesalah
    iv.     Hukum Kanun – Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota masyarakat, hukuman terhadap pesalah , undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman.
    v.      Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah makmum.

Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Sosiobudaya

Unsur pengaruh dalam sosiobudaya dapat dilihat dari aspek:-

1.     Pendidikan

  1. Pengaruh Islam terhadap pendidikan
    i.      2 jenis pendidikan – formal /tak formal
    ii.     Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga
    iii.    Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati
    iv.    Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan
    v.     Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah
    vi.    Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dll.
    vii.   Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan hadapan orang dewasa.
    viii.  Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik
  1. Sistem Pedidikan Agama
    i.      Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan atasan
    ii.      Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah dan pondok
    iii.      Pendidikan di rumah:

      1. Bentuk pendidikan tak formal
      2. Pendidikan Al-Quran
      3. Di rumah Tok Guru
      4. Umur 7 hingga 15 tahun
      5. Selepas waktu Zohor atau Maghrib
      6. Kitab, Muqadam & Al-Quran
      7. Bayaran percuma
      8. Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara bacaan dalam solat dan perkara wajid
        iv.      Sistem Pendidikan Pondok

        1. Bentuk pendidikan – formal
        2. Bermula abad 12M di Patani dan berkembang
        3. Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
        4. Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis – Terengganu, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah
        5. Penekanan Ilmu Agama
        6. Guru daripada para pelajar yang lulus
        7. Masa panjang hingga 10 tahun
        8. Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab, Tauhid, Sirah, Mantiq & Tawarif Islam
        9. Sistem tersusun

10. Pakaian tutup aurat

11. Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

  1. v.      Sistem Pendidikan Madrasah
    1. Berdasarkan sukatan pelajaran
    2. Secara bilik darjah
    3. Ada jadual waktu
    4. Ikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan
    5. Diawasi oleh mudir, guru besar
    6. Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll
  1. Peranan Istana – Pusat Intelektual
    i.      Istana Melaka Pusat Pengajian Agama
    ii.      Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
    iii.      Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Islam
    iv.      Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu – ramai tinggal di Melaka
    v.      Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar diarak ke istana
    vi.      Mansur Shah berminat tasauf
    vii.      Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian
    viii.      Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
    ix.      Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik
  1. 2.     Bahasa dan Kesusasteraan
  1. Pengaruh Islam Dalam Bahasa
    i.      Perkenal tulisan jawi
    ii.      Jawi saluran utama pembacaan dan tulisan – milik melayu
    iii.      Perbendaharaan Kata Melayu bertambah
    iv.      Pinjam dari Bahasa Arab spt adat, adil, sultan, syaitan dll
    v.      Istilah bidang lain tambah spt dalam fiqah, tauhid & tafsir
    vi.      Bahasa Melayu jadi linguafranca – bahasa pertuturan harian
    vii.      Bahasa Melayu meningkat menjadi Bahasa Ilmu
  2. Pengaruh Islam Dalam Sastera
    i.      Bahasa Melayu lebih mantap bila Cerita Panji disampaikan dalam Bahasa Melayu
    ii.      Hasil saster terpegaruh gaya, tatabahasa & bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat
    iii.      Fungsi berubah daripada hiburan kepada mengkritik
    iv.      Bahasa Melayu digunakan dalam perdagangan – bahasa perantaraan
    v.      Prosa memperkenalkan  cerita nabi dan sahabat seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah
    vi.      Hikayat Amir Hamzah dan Muhammad Ali Hanafiah penting dan disimpan di istana Melaka
    vii.      Hikayat Saduran bercorak Arab Parsi contoh Hikayat Abu Nawas & Hikayat Hassan Damsyik
    viii.      Karya bentuk puisi contoh syair dahulu kala oleh Tengku Ampuan Mariam – Terengganu
  3. Bentuk Sastera Melayu Sebelum Islam
    i.      Tersebar secara lisan
    ii.      Cerita asal usul – merangkumi cerita tahyul, alam, nama tempat, tumbuhan dan binatang – guna nama binantang
    iii.      Cerita jenaka dan lucu spt Pak Kaduk, Pak Pandir dll
    iv.      Cerita dongeng spt Batu Belah batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah.
    v.      Puisi dalam bentuk pantun, teka teki, seloka dan gurindam.
  4. Kesenian
    1. Pengaruh kesenian Islam
      i.      Cth Masjid dan tempat perkumpulan ada ciri khas spt mihrab, mimbar, telaga, pancuran dan bumbung spt Masjid kg Laut, Kelantan, Masjid Peringgit, masjid Tengkera Melaka.
      ii.      Istana indah – ada balairung, tempat bersemayam, balai istiadat – cth Istana Melaka.
      iii.      Hiasan seni kemahiran bermotif tumbuhan dan geometri.
      iv.      Kesenian epigrafi seperti Batu Bersurat Trengganu.
      v.      Seni khat atau kaligrafi.
      vi.      Tarian dabus , Perak ciri Arab kaitan dengan Saidina Ali.
      vii.      Tarian Mak Inang – di istana Melaka
      viii.      Nazam bersyair riwayat Nabi sgt terkenal.
      ix.      Seni Dikir – senikata lagu bercampur bahasa Melayu Arab.
      x.      Kesenian ghazal – jenis puisi Arab – Johor.
  5. Gaya Hidup – Adat dan Nilai kehidupan.

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi

  1. Perdagangan
  2. Penggunaan Mata Wang
  3. Percukaian

Leave a comment